FALSAFAH SEKOLAH
Bahawasanya setiap murid berkeupayaan dan berpotensi untuk maju dari segi jasmani, rohani dan intelek serta berhak untuk menuntut ilmu. Sekolah bertanggungjawab untuk mendidik dan melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan berketerampilan berdasarkan kepatuhan kepada tuhan untuk kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat serta boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.